KLANG: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan pendakwah selebriti Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman membela diri atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, tahun lepas.
Hakim Syafeera Mohd Said membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap terhadap Azman Syah, 42.
"Setelah mendengar dan meneliti saksi pendakwaan dan semua bukti dan serta meneliti hujahan pendakwaan, mahkamah memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT (Orang Kena Tuduh) atas tuduhan pertama dan tuduhan kedua. Oleh yang demikian OKT diarah untuk membela diri," katanya.
Ketika keputusan dibacakan, Azman Syah yang berada di dalam kandang tertuduh kelihatan tenang dan setelah Syafeera menerangkan pilihan yang diberikan, dia memilih untuk meneruskan perbicaraan dengan memberi keterangan secara bersumpah.
"Yang Arif, saya memilih keterangan bersumpah dari kandang saksi," kata pendakwah selebriti itu.
Mengikut pertuduhan, Azman Syah didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berumur 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang, di sini, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Feb serta 29 Jun lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 12 Jan ini untuk sebutan semula kes.
Tujuh saksi memberi keterangan pada perbicaraan bermula 5 Sept lepas.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ayuni Jamri dan Nurul Izzati Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad.
Turut hadir peguam Jabatan Bantuan Guaman Selangor Norhayati Johar selaku pendamping guaman bagi mangsa.
Azman Syah turut menghadapi sembilan lagi pertuduhan berkaitan seksual iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023
Azman Syah memilih untuk meneruskan perbicaraan dengan memberi keterangan secara bersumpah. - Foto fail/BERNAMA
Lelaki warga emas ditemukan lemas dalam longkang
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, pihak polis menerima laporan daripada orang awam pada 2.30 petang.
Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak perempuan hilang
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata Ibu Pejabat Polis Daerah Muar menerima laporan mengenai kehilangan Thiriyashini Murali Krishna yang beralamat di No 29 Jalan Jaya 2/8, Taman Pagoh Jaya, Panchor, Muar, Johor.
LRA Labohan Dagang beroperasi sepenuhnya - Air Selangor
Bekalan air telah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna bermula 5 pagi ini.
JAKIM perlu lebih agresif terap nilai qurani dalam kehidupan masyarakat - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tidak ada jalan yang lebih baik untuk membangunkan Malaysia MADANI melainkan membiasakan diri dengan al-Quran, memahami dan menelaah kandungannya agar mudah diterjemahkan dalam kehidupan seharian.
236,000 pek makanan MRE dapat kelulusan Arab Saudi
Kelulusan oleh Agensi Makanan dan Ubat-Ubatan Arab Saudi membolehkan Lembaga Tabung Haji (TH) dan rakan strategik, Mashariq menguruskan sajian makanan sedia dimakan (MRE) kepada jemaah haji Malaysia semasa Masyair nanti.
Pelantikan Pengerusi SPR penting untuk reformasi hala tuju
Yan Ke berkata berpandangan reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan setakat ini juga berada pada tahap tidak memuaskan dan prestasi berkenaan boleh dipertingkatkan.
Banyak negara tunjuk minat untuk kerjasama dengan Malaysia
Banyak negara menyatakan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Malaysia dalam bidang pengajian tinggi.
Hubungan kukuh Malaysia-China sangat istimewa - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.
PTVM harap ekosistem kondusif bagi industri kandungan televisyen
Industri kandungan perlu dibentuk dengan lebih berstruktur bagi memastikan daya saing dan kemampuan menarik pihak korporat untuk melabur.
Angin kencang runtuhkan pentas politik di Mexico
Sebuah pentas perhimpunan kempen pilihan raya Mexico runtuh pada Rabu, menyebabkan 9 majut dan berpuluh lagi cedera susulan angin kencang
Amang seksual remaja lelaki 17 tahun, PU Azman diperintah bela diri
PU Azman diperintah membela diri atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, tahun lepas.
Kes amang seksual PU Azman: Mangsa beri keterangan secara tertutup
Prosiding perbicaraan kes amang seksual fizikal terhadap remaja membabitkan Pencetus Ummah (PU), Azman Syah Alias dijalankan secara tertutup di Mahkamah Sesyen, di sini pada Jumaat.
Kes PU Azman: Firdaus Wong dakwa wujud perbuatan liwat
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mendakwa wujud perbuatan liwat dalam kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias dengan dua mangsa di rumahnya di Sendayan pada Ogos lalu.
PU Azman: Keberanian Firdaus Wong, faktor penceramah Isfadiah minta bantuan
PU Azman: Keberanian Firdaus Wong, faktor penceramah Isfadiah minta bantuan
Saksi dakwa PU Azman buat oral seks terhadap anak murid
Saksi ketujuh perbicaraan hari ketiga kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias memberitahu mahkamah bahawa tertuduh pernah melakukan seks oral terhadap mangsa.
Ibu dakwa anak dicabul PU Azman cara 'pegang-pegang'
Perbicaraan kes amang seksual PU Azman diteruskan dengan keterangan daripada ibu salah seorang lagi mangsa yang mendakwa anaknya turut dicabul tertuduh dengan cara 'pegang-pegang'.
Kes PU Azman: Ibu mangsa dakwa anak diminta lumur minyak pada kemaluan
Ibu mangsa mendakwa PU Azman telah meminta anak lelakinya melumur minyak pada bahagian kemaluan remaja berkenaan.
Kes PU Azman: 'Saya tak percaya ustaz lakukan perbuatan itu' - Bapa mangsa
Bapa kepada salah seorang mangsa melibatkan PU Azman tidak percaya tertuduh yang merupakan seorang ustaz boleh melakukan perbuatan terkutuk berkenaan.
Amang seksual: Mahkamah Seremban tetapkan 24 hingga 28 Julai perbicaraan kes PU Azman
Mahkamah menetapkan 24 hingga 28 Julai ini sebagai tarikh perbicaraan bagi lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki yang membabitkan pendakwah selebriti, PU Azman.
Amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki: PU Azman didakwa lagi
PU Azman yang sebelum ini didakwa atas 10 pertuduhan berkaitan seksual, didakwa di Mahkamah Shah Alam hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja.